JADUAL IHYA RAMADHAN

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Masjid Sultan Ismail, Chendering Kuala Terengganu akan mengadakan program sambutan Ihya’ Ramadhan bagi mendidik masyarakat menghidupkan suasana Ramadhan. Antara pengisian yang dirangka adalah seperti berikut :-


KULIAH MAGHRIB AMBANG RAMADHAN



Kuliah Maghrib Ambang Ramadhan telah Di sampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halim Awang di Masjid Sultan Ismail Chendering. Banyak pengisian dan ceramah agama telah disampaikan oleh beliau untuk menjadikan para jemaah lebih bersemangat dan istikomah untuk melaksanakan segala amal di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Sultan Ismail Chendering dalam perlaksanaan kuliah semoga ia menjadi salah satu dakwah serta menjadi  manafaat kepada  kita semua, In Sha Allah

-SALAM RAMADHAN 1437-H-

MARHABAN YAA RAMADHAN


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Hari ini merupakan hari terakhir sebelum menjelang Ramadan... dikesempatan ini Admin ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat semua jika Ada salah silap Dan keterlanjuran bicara..

Moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadat di dalamnya...In Shaa Allah.

"Moga dipertemukan kita semua dengan Lailatul Qadar-Nya"

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن،  َ

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2016


Majlis Khatam Al-Quran merupakan satu acara tetap yang dianjurkan oleh Masjid Sultan Ismail Chendering. Majlis tersebut telah berlangsung petang tadi di ruangan solat Masjid. Majlis Khatam Al-Quran dipimpin bacaannya oleh YBhg. Ustaz Haji Ahmad Roslim bin Ja'afar. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah untuk para hadirin yang menghadiri majlis tersebut. Kehadiran para hadirin amat-amat bermakna buat pihak Masjid yang mana menjadi satu slogan "Masjid Pusat Komuniti Masyarakat" hubungan erat di antara Masjid dengan masyarakat setempat. Majlis Khatam Al-Quran dapat berjalan dengan jayanya. Diharap Majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan In Sha Allah....